Friday, February 19, 2010

1 wasiat murah..


Pernahkah kita berfikir jika seseorang datang membuat kita kecewa,maka fikirlah secara positif bahawa dia adalah 'guru' yang hendak kita belajar erti sabar. setuju? Semua kejadian berlaku dengan keizinan Tuhan, maka terimalah didikan itu dengan baik.

Kita akan terfikir mengapa kita? tujuan dalam pelajaran-pelajaran yang datang dalam hidup kita kan? tujuan utama adalah untuk mengubah kita!

"we cannot direct the wind but we can adjust our sail"
means kita tak boleh menentukan takdir yang menimpa tapi kita diberi kuasa olehNya untuk mentadbir diri kita.

kita mungkin pernah ingin memegang dan menentukan segala-gala keinginan supaya tercapai. Mustahil! hakikatnya manusia lemah! kita tak boleh mengawal segala-galanya contohnya kita tak boleh mengawal hati kekasihnya, memastikan kesetiaan! Ingat mencintai bukanlah beerti mengatur segala langkah atau perbuatan, kita takkan mampu!

hidup kita bagaikan siri gelombang yang datang beransur-ansur. Ada ketika gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu membesar dan ganas. Masing-masing ada pasang dan surut dalam hidup-ada masa senang,susah,gembira dan sedih. Kita tak boleh terlalu gembira kerna selepas tu mungkin muncul kesusahan. Begitu jugak, tak boleh terlalu sedih kerna mungkin Allah. s.w.t datangkan perkara yang menggembirakan. Siapa tahukan?

pepatah cina ada mengatakan
"belajar time muda nih bagai mengukir di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas pasir"

pendek kata" Stop worrying and start living..>kata2 Dale Carnargie.

kita perlu sedar, bila kita ditimpa susah rasakan dalam hati..
"ya selepas nih akan datang senang. Bersabarlah sebentar. Bila senang pulak,kita tak lupa dan lalai..ya selepas nih datang kesusahan. Bersiap sedialah.

HAkikatnya tidak ada yang senang dan susah berterusan. kehidupan adalah pergiliran antara senang dan susah yang berterusan. Sebagai kesimpulannya yang penting untuk kita semua is "
"cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan tapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam keadaan yang saling berubah-rubah itu. Kita kena faham hakikat itu. Hidup nih bukanlah serba kena,serba betul,serba senang,serba susah atau serba mudah. Hidup tak selalu indah kerna disitulah keindahan hidup sebenarnya!~"

1 comment:

ayiel said...

tq tu je..