Wahai Rabku,
benarkah keikhlasanku ini hanya untukMu?
Bukan kerna cinta yang serik?
Bukan juga kerna jiwa yang sakit?
Juga bukan kerna keterpaksaan dalam kesempitan hidup?
Wahai Rabku,
Benarkah cinta ini hanya padaMU?
Benarkah air mata yang menitis ini untukMU?
Benarkah suara yang dialun sepertiga malam ini kernaMU?
cukup lamakah dahi ini mencium sejadah...
Hanya kerna serasa rindu,
Rindu KAu menyelimuti tenang di kalbuku?
Wahai Rabku,
Persoalanku…
Siapalah mahu menyahut sabda cintaku?
Jika bukan Engkau,
maka bertambahlah kekecewaanku....
Biar berjuta insan yang menafi,
sesungguhnya Engkaulah yang lebih layak menilai..




Post a Comment