Monday, October 11, 2010

0 Pelangi yang mana kita impi?

Oh Tuhan,
duniaMu ini penuh rahsia,
kadangkala dalam usiaku yang muda,
tak dapat memahami,
tak dapat pula untuk menghadapi dengan rela hati,
tersirat itu Engkau mahu aku sendiri mencari,
dengan hadiah dugaan yang tak pernah putus....

Ya Illahi,
fikiranku tak pernah berhenti,
apatah lagi pengharapan pada Engkau yang suci,
patutkah aku dari sekarang mula menghitung hari,
menyaksikan ada lagikah esok pelangi?

cinta,keluarga dan kesenangan suatu hari pasti pergi,
dibawa nanti hanya kain putih,
bukan harta yang berganda,
bukan pangkat mahupun tanah yang berharga berjuta-juta,
bukan juga saudara mara yang D'agung2kan,
dunia mungkin,
tetapi di Barzakh dapatkah mereka di sisi?

bersedihlah hati kerna seorang diri,
dalam dunia iri hati,
ada baiknya Tuhan letakkan begini,
hadiahnya mungkin akhirat yang pasti,
kerna di sana pasti ada bidadari yang sanggup menemani...

0 comment: